20/09/15

KEM CEMERLANG JAWI FASA 1 2015

KUMPULAN USTAZAH NURUL HAZIRAH

KUMPULAN USTAZ ABDUL RAZAK

KUMPULAN USTAZAH ROHANI

KUMPULAN USTAZ NASRUL HADI

PESERTA KEM SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT

TAKLIMAT KEM KCJ DISAMPAIKAN OLEH USTAZAH NURUL HAZIRAH

MENGENALI HURUF-HURUF JAWI

LATIH TUBI MENGEJA DAN MEMBACA

MEMBATANG SUKUKATA

LATIHAN BERTULIS
KUMPULAN USTAZ NORHISHAM


Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan mengadakan
KCJ pada :

Tarikh : 12 September 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahri
Tempat : Bilik Darjah

Seramai 85 orang murid terlibat dalam kem tersebut yang terdiri
dalam kalangan murid Tahun 2 hingga Tahun 6.

Kem ini merupakan fasa pertama pelaksanaannya bagi Tahun 2015
untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam penguasaan
jawi supaya mereka mampu membaca dan menulis jawi dengan baik. 




3/08/15

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2015

Seluruh warga SK Matang mengucapkan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin


Semua murid bersalaman dengan tetamu jemputan dan barisan pentadbir


Ustaz Abdul Razak dan ahlinya sedang mengedarkan
bee hon sup


Bahagian Ais krim menjadi tumpuan tetamu yang hadir


Jawatankuasa PIBG turut bersama menyediakan menu laksa
yang begitu lazat


Sesi bergambar setelah selesai Majlis Sambutan Hari Raya


Sempat berposing sambil makan lemang bersama rendang

Puan Zuraini Akmar selaku Guru Besar SK Matang menyampaikan
ucapan Sempena  Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah




Pada tanggal 31 Julai 2015 bersamaan Hari Jumaat , warga SK Matang telah
menganjurkan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.

Sambutan begitu meriah dengan kehadiran tetamu jemputan daripada wakil PPD LMS,
Ketua kampung , PIBG dan ibu bapa.

Warga SK Matang merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat
bagi menjayakan majlis ini semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.








LAWATAN ZIARAH SUMBANGAN HARI RAYA 1426H / 2015

Sumbangan Hari Raya disampaikan oleh  Ustaz Nasrul Hadi bersama Puan Guru Besar
untuk meringankan beban bagi keluarga miskin
Lawatan ziarah dan sumbangan raya ke rumah Encik Abu Bakar


Lawatan Ziarah ke rumah Encik Mohd Tazizi di Kg Dato' Sagor



Lawatan Ziarah ke rumah Encik Abdul Salam di Kampung Malawati



Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti sambutan Hari Raya Aidil Fitri
 iaitu pada tarikh 14 Julai 2015 bersamaan hari Selasa JK Panitia Pendidikan Islam
bersama JK Surau Al-Abrar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan
Sumbangan Hari Raya kepada keluarga miskin agar dapat mengurangkan beban
keluarga berkenaan .

Beberapa kumpulan telah bergerak ke rumah keluarga yang terpilih untuk
menyampaikan sumbangan secara terus kepada ahli keluarga berkenaan.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini akan dapat menimbulkan rasa gembira
kepada ahli keluarga dalam kalangan murid SK Matang untuk menyambut
hari lebaran pada tahun ini. 






10/04/15

LAWATAN MAHABBAH KE RUMAH CIKGU AHMAD ZAMZURI


Puan Noor Fazila, Puan Aniza dan Puan Hajah Azaniah turut hadir
Puan Noor Fazila, Puan Aniza dan Puan Hajah Azaniah turut hadir

Cikgu Ahmad Zamzuri sedang bercerita keadaan keluarganya
disamping Puan Hajah Aishah sedang memangku puteri Cikgu Ahmad
Zamzuri yang baru dilahirkan beberapa minggu yang lalu
Kunjungan mahabbah dari Warga SK Matang


Jawatankuasa Surau Al-Abrar bersama barisan pentadbir
sekolah telah mengadakan kunjungan mahabbah ke rumah Cikgu Ahmad Zamzuri
di Taman Kamunting Jaya, Kamunting.

Warga SKM merakamkan tahniah kepada Cikgu Ahmad Zamzuri diatas
pengurniaan seorang lagi cahaya mata yang ke enam.Moga-moga ianya akan
menambahkan lagi keceriaan keluarga cikgu.

Semua warga sekolah merakamkan Salam Takziah kepada Cikgu Ahmad Zamzuri
di atas kemalangan yang berlaku menyebabkan kaki beliau tercedera.

Diharapkan beliau dapat banyak bersabar di atas ujian ini.Mudah-mudahan 
segera sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa di SKM.




LAWATAN ZIARAH KEMATIAN BONDA PUAN GURU BESAR

Rumah keluarga Puan Zuraini Akmar

Pemandangan dari luar kawasan rumah di Asam Kumbang

Para tetamu sedang menziarahi jenazah ibu Puan Zuraini Akmar


Pada jam 3.30 pagi Jumaat ( 10 April 2015 ) , Ibu kepada guru besar SK Matang
Puan Zuraini Akmar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Taiping.

Warga sekolah telah menerima maklumat melalui Telegram Warga SKM yang
dimaklumkan sendiri oleh Puan Zuraini Akmar.

Pada jam 9.00 pagi seramai 7 orang guru yang terdiri daripada barisan pentadbir
dan AJK Surau Sekolah telah membuat lawatan ziarah ke rumah bapa Puan Zuraini Akmar
di Asam Kumbang, Taiping.

Semua ahli yang hadir merakamkan ucapan Takziah kepada Puan Guru Besar dan
berharap beliau dapat banyak bersabar di atas ujian ini.

Semoga roh arwah ibu Puan Zuraini Akmar ditempat bersama-sama golongan
mukmin.



8/03/15

MAJLIS BACAAN YASIN MINGGUAN

Pelajar perempuan Tahun 6 turut hadir
Pelajar lelaki Tahun 6 menyertai bacaan Yasin
Khalifah bacaan yasin oleh Ustaz Nasrul Hadi

Puan Zuraini Akmar , Guru Besar SK Matang
turut menyertai majlis bacaan yasin



Jawatankuasa Surau Al-Abrar telah menganjurkan majlis bacaan yasin
secara mingguan pada setiap pagi Jumaat.

Guru lelaki akan bergilir sebagai khalifah dengan penyertaan daripada
semua pelajar Tahun 6

Moga-moga dengan bacaan Yasin dan doa dipanjatkan kepada Ilahi
semoga semua murid Tahun 6 2015 akan mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.


LAWATAN ZIARAH KEMATIAN WARIS 2015

JK Surau dan Guru Bimbingan membuat lawatan ziarah

Sebahagian daripada penduduk Kg Malawati
yang turut hadir 

Bacaan Fatihah dihadiahkan
untuk arwah Encik Azmi

Persapan mandi dan kafan jenazah

Ustaz Mohd Zilali menyampaikan sumbangan
sekolah kepada isteri Encik Azmi

Encik Ahmad Zamzuri mententeramkan
Suhaila pelajar Tahun 6 yang sedang
dalam kesedihan 


Pada pagi 3 Mac 2015 pihak sekolah telah dimaklumkan seorang bapa kepada murid
tahun 6 Suhaila binti Azmi telah kembali kerahmatullah.

Jawatankuasa Surau telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan kutipan
derma untuk disumbangkan kepada keluarga arwah

Seramai tiga orang JK Surau iaitu Ustaz Mohd Zilali, Ustaz Nasrul Hadi , Ustaz Abdul Razak
dan guru Bimbingan Encik Ahmad Zamzuri telah membuat kunjungan lawatan ziarah

Sedikit sumbangan daripada pihak sekolah telah disampaikan kepada Puan Mardiah
isteri kepada arwah Encik Azmi.

Mudah-mudahan semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman
AL-FATIHAH 

11/02/15

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

Ustaz Nasrul Hadi selaku Pengacara Majlis
sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun ini


Puan Zuraini Akmar selaku Guru Besar
menyampaikan ucapan dan merasmikan program
Penceramah jemputan Ustaz Abd Azilan
sedang menyampaikan ceramah
Semua murid berkumpul di Dewan Dato' Maharajalela
untuk mengikut program yang dilaksanakan
Pertandingan mewarna Tahap 1
Majlis penyampaian hadiah dilangsungkan
pada pagi Isnin perhimpunan rasmi sekolah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Matang
telah dilangsungkan bermula 26 Januari 2015 sehingga 2 Februari 2015.

Tentatif Program Sepanjang Minggu :

26 hingga 29 Januari 2015

Pertandingan Mewarna bagi Pra Sekolah , Tahap 1 dan Kelas PPKI
Pertandingan Kuiz Bertulis Tahap 2

30 Januari 2015

Ceramah Maulidur Rasul


02 Februari 2015

Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan


Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul merakamkan jutaan terima kasih
atas kerjasama semua pihak samaada secara langsung atau tidak langsung.