29/03/12

MAJLIS PERSARAAN PK 1 CIKGU DARUS

Majlis Persaraan PK Pentadbiran, Encik Darus bin Napiah telah diadakan
pada 26 Mac 2012 mulai jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari
di Dewan Dato' Maharajalela, SK Matang.




Kelab Guru dan Staf telah menganjurkan Majlis Persaraan Cikgu Darus
dan Perpisahan Cikgu Fezarudin (Mantan GB) dan Puan Hasnah (Mantan PK HEM)
di Taiping Golf Resort mulai jam 8.00 malam pada 23 Mac 2012.
Pelbagai aturcara di adakan dengan diakhiri dengan majlis penyampaian
cenderamata kepada yang diraikan.


Selamat Bersara dan Berpisah

10/03/12

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT TINGGAL


UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH
Sekalung ucapan tahniah kepada Puan Hasnah binti Abdullah, PK Hal Ehwal Murid
yang telah menerima surat lantikan sebagai PK Pentadbiran di SK Laksamana, Kuala Sepetang.

UCAPAN SELAMAT TINGGAL
Warga SK Matang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hasnah yang telah
dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi sebagai barisan pentadbir di SK Matang
walaupun menghadapi berbagai cabaran dan dugaan dalam kalangan guru dan murid-murid.
Kami tetap akan mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Selamat tinggal diucapkan.

PENGALAMAN DI SK MATANG

Beliau mula berkhidmat di SK Matang pada 01 Julai 2008,sebagai PK Kokurikulum.
Pada tanggal 01 Julai 2010, beliau sekali lagi diberi kenaikan pangkat di sekolah yang sama
sebagai PK Hal Ehwal Murid.Kini beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran
di SK Laksamana, Kuala Sepetang. Bintang Cikgu Hasnah begitu menyerlah sekali,dalam
masa 4 tahun telah bergerak naik sehingga memegang jawatan PK Pentadbiran.

Tahniah, Semoga Membawa Kecemerlangan di Sekolah Baru