10/04/15

LAWATAN ZIARAH KEMATIAN BONDA PUAN GURU BESAR

Rumah keluarga Puan Zuraini Akmar

Pemandangan dari luar kawasan rumah di Asam Kumbang

Para tetamu sedang menziarahi jenazah ibu Puan Zuraini Akmar


Pada jam 3.30 pagi Jumaat ( 10 April 2015 ) , Ibu kepada guru besar SK Matang
Puan Zuraini Akmar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Taiping.

Warga sekolah telah menerima maklumat melalui Telegram Warga SKM yang
dimaklumkan sendiri oleh Puan Zuraini Akmar.

Pada jam 9.00 pagi seramai 7 orang guru yang terdiri daripada barisan pentadbir
dan AJK Surau Sekolah telah membuat lawatan ziarah ke rumah bapa Puan Zuraini Akmar
di Asam Kumbang, Taiping.

Semua ahli yang hadir merakamkan ucapan Takziah kepada Puan Guru Besar dan
berharap beliau dapat banyak bersabar di atas ujian ini.

Semoga roh arwah ibu Puan Zuraini Akmar ditempat bersama-sama golongan
mukmin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan