8/03/15

MAJLIS BACAAN YASIN MINGGUAN

Pelajar perempuan Tahun 6 turut hadir
Pelajar lelaki Tahun 6 menyertai bacaan Yasin
Khalifah bacaan yasin oleh Ustaz Nasrul Hadi

Puan Zuraini Akmar , Guru Besar SK Matang
turut menyertai majlis bacaan yasin



Jawatankuasa Surau Al-Abrar telah menganjurkan majlis bacaan yasin
secara mingguan pada setiap pagi Jumaat.

Guru lelaki akan bergilir sebagai khalifah dengan penyertaan daripada
semua pelajar Tahun 6

Moga-moga dengan bacaan Yasin dan doa dipanjatkan kepada Ilahi
semoga semua murid Tahun 6 2015 akan mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.


LAWATAN ZIARAH KEMATIAN WARIS 2015

JK Surau dan Guru Bimbingan membuat lawatan ziarah

Sebahagian daripada penduduk Kg Malawati
yang turut hadir 

Bacaan Fatihah dihadiahkan
untuk arwah Encik Azmi

Persapan mandi dan kafan jenazah

Ustaz Mohd Zilali menyampaikan sumbangan
sekolah kepada isteri Encik Azmi

Encik Ahmad Zamzuri mententeramkan
Suhaila pelajar Tahun 6 yang sedang
dalam kesedihan 


Pada pagi 3 Mac 2015 pihak sekolah telah dimaklumkan seorang bapa kepada murid
tahun 6 Suhaila binti Azmi telah kembali kerahmatullah.

Jawatankuasa Surau telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan kutipan
derma untuk disumbangkan kepada keluarga arwah

Seramai tiga orang JK Surau iaitu Ustaz Mohd Zilali, Ustaz Nasrul Hadi , Ustaz Abdul Razak
dan guru Bimbingan Encik Ahmad Zamzuri telah membuat kunjungan lawatan ziarah

Sedikit sumbangan daripada pihak sekolah telah disampaikan kepada Puan Mardiah
isteri kepada arwah Encik Azmi.

Mudah-mudahan semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman
AL-FATIHAH