31/10/11

PENGUMPULAN DATA J-QAF 6 BULAN KE (2) DAERAH LMS

Tarikh : 03 November 2011 (Khamis)
Tempat : Makmal Komputer SK King Edward VII (2)
Masa : 8.30 pagi ( Zon Trong, Batu Kurau & Selama)
2.00 petang (Zon Taiping,Simpang & Kamunting)

Guru Data j-QAF sila bawa bersama komputer yang ada
sistem elaporan dan juga data murid sekiranya belum siap.

30/10/11

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Sekolah Kebangsaan Matang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur selama 2 hari mulai 15 hingga 16 Oktober 2011. Banyak maklumat yang telah diperolehi murid hasil dari lawatan tersebut.
Peserta rombongan bergerak dari sekolah menaiki bas mulai jam 5.30 pagi menuju ke stesen keretapi Ipoh.
Menaiki tren ETS mulai jam 8.30 pagi dan sampai ke KL Sentral pada jam 10.40 pagi. Tempat pertama di
lawati ke Kilang Coklat Beryl's.
Banyak tempat yang dilawati di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.Hari kedua sebelum bergerak balik singgah melawat ke Bukit Cerakah,Shah Alam.Kami mula bergerak balik pada jam 6.30 petang dan sampai ke perkarangan sekolah pada jam 10.30 malam. 

HARI KOKURIKULUM

Pada 22 Oktober 2011,mulai jam 7.30 pagi murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dan sebahagian daripada murid Kelas Pendidikan Khas telah menyertai Program Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Dimulakan dengan aktiviti icebreacking, pembahagian kumpulan, latihan ikatan, jenis balutan dan diakhiri dengan aktiviti mencari maklumat. Program ini berakhir pada jam 5.30 petang.
ShoutMix chat widget

29/10/11

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Sekolah Kebangsaan Matang akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang seperti ketentuan berikut:-

Tarikh : 16 November 2011
Hari    : Rabu
Masa  : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Dato' Maharajalela,SK Matang  

Semua warga SKM dan ibu bapa murid dijemput hadir.