19/11/13

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN TAHUN 6 DEDIKASI



Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Tahun 6 Dedikasi telah di adakan pada hari
terakhir persekolahan (Jumaat 18November 2013 ) bermula jam 9.00 pagi di Dewan Peperiksaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alau-aluan oleh pengacara majlis, Sofiah Farihah, diikuti
dengan bacaan doa oleh Nasrul Irfan supaya majlis pada pagi ini mendapat keberkatan.

Berapa orang guru dijemput memberi ucapan kepada murid tahun 6 yang bakal meninggalkan
SK Matang.
Sambil acara dilangsungkan majlis jamuan diteruskan dengan upacara memotong kek oleh
Puan Sharimah selaku guru kelas.

Sebelum majlis bersurai, upacara penyampaian hadiah dan cenderamata dilakukan hasil daripada
aktiviti yang telah dijalankan selepas UPSR.

Ucapan tahniah kepada pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR dan yang kurang
berjaya diharap tidak berputus asa dan teruskan usaha di masa hadapan.



Pengacara majlis Sofiyah Farihah



Bacaan doa selamat oleh Nasrul Irfan dan diaminkan
oleh semua yang hadir



Ucapan wakil guru dimulai oleh Puan Sharimah, diikuti oleh
Puan Noraini, Encik Ahmad Zamzuri dan Ustaz Abdul Razak


Acara memotong kek oleh Pn Sharimah (Guru Kelas)



Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
pemenang dalam aktiviti selepas UPSR
 

12/11/13

LADAP PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan di bawah tajuk Program Inklusif Pendidikan Khas
telah di adakan pada 11 November 2013 (Isnin ) di Bilik Mesyuarat SK Matang.

Semua guru aliran perdana terlibat diberi pendedahan berkaitan bagaimana pelaksanaan
PdP bagi murid Pendidikan Khas yang di tempat di kelas aliran perdana sebagai murid
inklusif.

Encik Ahmad Zamzuri telah di amanahkan menyampaikan kursus ini supaya semua guru
yang terlibat mendapat pendedahan bagaimana pelaksanaan program ini pada tahun 2014.



Ceramah di sampaikan oleh Cikgu Ahmad Zamzuri
 
Guru wanita yang turut menghadiri LADAP

Sebahagian guru yang hadir tekun mendengar taklimat



 


8/11/13

MESYUARAT DATA J-QAF FASA 2 2013


 Mesyuarat kutipan data j-QAF Fasa 2 (Oktober ) 2013 telah diadakan selama 3 hari 2 malam
mulai 6 hingga 8 November 2013 di Ritz Garden Hotel, Ipoh.

Seramai 10 orang jurulatih utama dari setiap daerah seluruh negeri Perak hadir untuk mesyuarat
data pada kali ini.



Semua JU kyusuk menyemak data daerah masing-masing



Hari pertama Mesyuarat Kutipan Data j-QAF



Group JU menyediakan bahan PBS Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab


Majlis penutup pada hari terakhir mesyuarat kutipan
data j-QAF



Bilik penginapan di Ritz Garden Hotel







26/10/13

KEM 1 MURID 1 SUKAN 2013

Kem 1 Murid 1 Sukan telah di adakan pada 26 Oktober 2013 bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Tentatif Program :

7.30 - 8.00 - Pendaftaran Peserta
8.00 - 8.30 - Ice -Breacking
8.30 - 9.30 - Pembahagian Stesen Kumpulan
9.30 - 10.00- Rehat
10.00 - 12.-00 - Tunjuk ajar dan teknik permainan oleh jurulatih
                           (A) Futsal
                           (B) Sofbol
                           (C) Ragbi Sentuh
12.00 - 02.00 - Rehat, Makan dan Solat Zohor
02.00 -.03.30 - Perlawanan antara kumpulan mengikut stesen
03.30 - 04.30 - Penyampaian hadiah
04.30- 05.00 - Kemas dan bersurai


Jurulatih menerima saguhati


Penyampaian Hadiah oleh Penyelaras Permainan
Cikgu Ahmad Zamzuri

Latihan hantaran bola sofbol oleh Cikgu Umi Kalsom


Latihan permainan Ragbi Sentuh di bawah bimbingan
Cikgu Zaidi dan Cikgu Mona Yaniza


Taklimat Jurulatih Futsal oleh Cikgu Azmin



Penyampaian Hadiah oleh Cikgu Zainuddin

Penyampaian Hadiah Oleh PK Pendidikan Khas
Puan Shamsiah

Penyampaian Hadiah oleh Pemangu PK Hal Ehwal Murid
Ustaz Abdul Razak

24/10/13

LAWATAN MELAKA & KUALA LUMPUR 2013


Pada tanggal 18 Oktober 2013 jam 3.30 petang seramai 29 orang murid dan 14 orang guru dan staf
SK Matang telah bergerak ke negeri Melaka untuk mengadakan lawatan sambil belajar.


Melawat Muzium Samudera dan Masjid Terapung
Menginap di Mansoor Hotel selama 2 malam

Dalam Kompleks Hang Tuah


Guru dan Staf yang menyertai rombongan


Sarapan pagi kemudian ke tempat lawatan pertama
di Perkampungan dan Perigi Hang Tuah

5/07/13

SUKAN TAHUNAN KE-45 2013



                              Sukan Tahunan ke- 45 SK Matang di mulakan dengan perbarisan
                              lintas hormat daripada kontinjen rumah-rumah sukan yang terdiri
                              daripada rumah Biru, Merah, Hijau dan Kuning.

Ambil kesempatan bergambar
selepas selesai kejohanan Sukan ke-45

Murid-murid berada dalam kumpulan
rumah masing-masing sementara menunggu acara
berlangsung ...
 
Antara guru wanita yang sedang
menunggu tugasan yang akan diberikan
 
Perasmian Kejohanan Sukan dilangsungkan
oleh Puan Hajah Intan, Guru Besar SK Matang










 


 

2/07/13

Mesyuarat Pengumpulan Data e-Laporan Fasa 1,2013 Peringkat Negeri Perak

Makan malam Nasi Arab di Meru Raya ,Ipoh
bersama-sama Penolong Pengarah j-QAF
SPI ,Jabatan Pelajaran Perak

Barisan Jurulatih Utama daerah-daerah dalam Negeri Perak
sedang tekun mengumpul dan mengabungkan data elaporan
untuk serahan kepada Jurulatih Utama Negeri Perak


Sebahagian daripada 10 orang jurulatih utama daerah
yang terlibat dalam Mesyuarat Pengumpulan Data
Fasa 1, 2013



Mesyuarat Pengumpulan Data Fasa 1 e-Laporan Peringkat Negeri Perak 2013
telah di adakan di BTPN, Jalan Tawas, Ipoh Perak bermula pada 1 hingga 2
Julai 2013. Seramai 11 orang jurulatih utama dari setiap daerah dalam
 negeri Perak telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

 Pegawai Sektor Pendidikan Islam, Negeri Perak  yang hadir iaitu
Penolong Pengarah j-QAF , Tuan Haji Ahmad Lutfi  dan Ustaz Heder,
Penolong Pengarah Pendidikan Islam (Rendah).

Pada tahun ini mesyuarat hanya berlangsung selama 2 hari sahaja
Walaubagaimanapun tugasan yang di amanahkan dapat diselesaikan
dengan jayanya.



20/06/13

KURSUS PENYEBARAN KURSUS KSSR & PBS BAHASA ARAB 2013 DAERAH LMS

Peserta Kursus sedang membuat pendaftaran
pada hari pertama kursus (19 Jun 2013 )


 
Penolong PPD j-QAF sedang memberi taklimat kepada peserta kursus
berkaitan susun atur sepanjang kursus

 

Barisan Jurulatih Utama sedang menyampaikan ceramah
mengikut slot masing-masing.


 
Peserta kursus sedang berbincang dalam
sesi perbengkelan sebelum slot pembentangan bengkel


Kursus penyebaran KSSR & PBS Bahasa Arab Tahun 4 peringkat Daerah LMS
telah dijalankan pada 19 hingga 22 Jun 2013 di SM Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping.
Seramai 70 orang peserta yang terdiri dalam kalangan guru j-QAF yang mengajar
Bahasa Arab dari sekolah rendah program j-QAF. 3 orang guru jemputan dari
Sekolah Rendah Agama Rakyat juga turut hadir.



27/05/13

KURSUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 4 2013


 
Kursus KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 4 Peringkat Daerah LMS 2013
akan diadakan seperti ketentuan berikut :-
 
 
Kursus KSSR dan PBS Bahasa Arab Tahun 4
 
Tarikh : 19 hingga 22 Jun 2013
Hari : Rabu hingga Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
 
 
Kursus KSSR & PBS Pendidikan Islam Tahun 4
 
Tarikh : 3 hingga 6 Julai 2013
Hari : Rabu hingga Sabtu
Masa : 7.30 hingga 4.00 petang
Tempat : SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)


25/05/13

APLIKASI ELAPORAN VERSI 13.1 TAHUN 2013



Kepada semua guru j-QAF Daerah LMS.

Tuan/Puan boleh dapatkan aplikasi elaporan Versi 13.1 untuk kegunaan kutipan data Fasa 1(JUN)
melalui penyelaras data mengikut zon masing-masing.

Aplikasi yang dibekalkan ialah:-

1) esatu v.13.1
2) edua v.13.1
3) etiga v.13.1
4) eempat v.13.1
5) elima v.13.1
6) eenam v.13.1

Aplikasi esekolah masih belum diterima, walaubagaimanapun akan dimaklumkan setelah JU Negeri
mengirim melalui email kepada JU Daerah LMS.

Boleh juga muat turun aplikasi melalui url ini : http://jqafskpht08.blogspot.com/

Sekian, harap maklum.