19/11/13

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN TAHUN 6 DEDIKASI



Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Tahun 6 Dedikasi telah di adakan pada hari
terakhir persekolahan (Jumaat 18November 2013 ) bermula jam 9.00 pagi di Dewan Peperiksaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alau-aluan oleh pengacara majlis, Sofiah Farihah, diikuti
dengan bacaan doa oleh Nasrul Irfan supaya majlis pada pagi ini mendapat keberkatan.

Berapa orang guru dijemput memberi ucapan kepada murid tahun 6 yang bakal meninggalkan
SK Matang.
Sambil acara dilangsungkan majlis jamuan diteruskan dengan upacara memotong kek oleh
Puan Sharimah selaku guru kelas.

Sebelum majlis bersurai, upacara penyampaian hadiah dan cenderamata dilakukan hasil daripada
aktiviti yang telah dijalankan selepas UPSR.

Ucapan tahniah kepada pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR dan yang kurang
berjaya diharap tidak berputus asa dan teruskan usaha di masa hadapan.



Pengacara majlis Sofiyah Farihah



Bacaan doa selamat oleh Nasrul Irfan dan diaminkan
oleh semua yang hadir



Ucapan wakil guru dimulai oleh Puan Sharimah, diikuti oleh
Puan Noraini, Encik Ahmad Zamzuri dan Ustaz Abdul Razak


Acara memotong kek oleh Pn Sharimah (Guru Kelas)



Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
pemenang dalam aktiviti selepas UPSR
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan