20/05/12

PROGRAM PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PKSR 1,2012

Taklimat SOP Peperiksaan oleh Puan Norizan



Tuan Haji Zolkefli menyampaikan Ceramah Motivasi
Puan Noraini menerangkan teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris
Murid-murid tekun mendengar Teknik Menjawab Soalan
Ustaz Abdul Razak sebagai khalifah dalam Majlis Bacaan Yasin
Guru-guru Kelas Pendidikan Khas turut menyertai Majlis Bacaan Yasin

29/03/12

MAJLIS PERSARAAN PK 1 CIKGU DARUS

Majlis Persaraan PK Pentadbiran, Encik Darus bin Napiah telah diadakan
pada 26 Mac 2012 mulai jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari
di Dewan Dato' Maharajalela, SK Matang.




Kelab Guru dan Staf telah menganjurkan Majlis Persaraan Cikgu Darus
dan Perpisahan Cikgu Fezarudin (Mantan GB) dan Puan Hasnah (Mantan PK HEM)
di Taiping Golf Resort mulai jam 8.00 malam pada 23 Mac 2012.
Pelbagai aturcara di adakan dengan diakhiri dengan majlis penyampaian
cenderamata kepada yang diraikan.


Selamat Bersara dan Berpisah

10/03/12

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT TINGGAL


UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH
Sekalung ucapan tahniah kepada Puan Hasnah binti Abdullah, PK Hal Ehwal Murid
yang telah menerima surat lantikan sebagai PK Pentadbiran di SK Laksamana, Kuala Sepetang.

UCAPAN SELAMAT TINGGAL
Warga SK Matang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hasnah yang telah
dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi sebagai barisan pentadbir di SK Matang
walaupun menghadapi berbagai cabaran dan dugaan dalam kalangan guru dan murid-murid.
Kami tetap akan mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Selamat tinggal diucapkan.

PENGALAMAN DI SK MATANG

Beliau mula berkhidmat di SK Matang pada 01 Julai 2008,sebagai PK Kokurikulum.
Pada tanggal 01 Julai 2010, beliau sekali lagi diberi kenaikan pangkat di sekolah yang sama
sebagai PK Hal Ehwal Murid.Kini beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran
di SK Laksamana, Kuala Sepetang. Bintang Cikgu Hasnah begitu menyerlah sekali,dalam
masa 4 tahun telah bergerak naik sehingga memegang jawatan PK Pentadbiran.

Tahniah, Semoga Membawa Kecemerlangan di Sekolah Baru


18/01/12

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU


Warga SK Matang merakamkan tahniah  kepada Cikgu Fezarudin selaku mantan Guru Besar SK Matang yang telah di arahkan bertugas ke sekolah baru berkuatkuasa mulai 16 Disember 2011 di Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul.
Beliau mula berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Matang mulai  01 April 2008 hingga 15 Disember 2011.
Terima kasih diucapkan kerana telah banyak melakukan perubahan kepada SK Matang sehinggakan 2 tahun berturut-turut Pencapaian UPSR meningkat.
Segala buah fikiran, ilmu yang telah disampaikan kepada kami sepanjang bertugas disini akan kami gunakan
sebaik-baiknya demi menjulang Kecemerlangan SK Matang.
Jasa Cikgu takkan kami lupakan, semoga Cikgu lebih ceria di sekolah baru walaupun kami terasa kehilangannya.