10/03/12

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT TINGGAL


UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH
Sekalung ucapan tahniah kepada Puan Hasnah binti Abdullah, PK Hal Ehwal Murid
yang telah menerima surat lantikan sebagai PK Pentadbiran di SK Laksamana, Kuala Sepetang.

UCAPAN SELAMAT TINGGAL
Warga SK Matang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hasnah yang telah
dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi sebagai barisan pentadbir di SK Matang
walaupun menghadapi berbagai cabaran dan dugaan dalam kalangan guru dan murid-murid.
Kami tetap akan mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Selamat tinggal diucapkan.

PENGALAMAN DI SK MATANG

Beliau mula berkhidmat di SK Matang pada 01 Julai 2008,sebagai PK Kokurikulum.
Pada tanggal 01 Julai 2010, beliau sekali lagi diberi kenaikan pangkat di sekolah yang sama
sebagai PK Hal Ehwal Murid.Kini beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran
di SK Laksamana, Kuala Sepetang. Bintang Cikgu Hasnah begitu menyerlah sekali,dalam
masa 4 tahun telah bergerak naik sehingga memegang jawatan PK Pentadbiran.

Tahniah, Semoga Membawa Kecemerlangan di Sekolah Baru


Tiada ulasan:

Catat Ulasan