22/08/14

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2014

Encik Ahmad Zamzuri menyampaikan ucapan
alu-aluan selaku pengacara majlis
Ustaz Nasrul Hadi membacakan doa
semoga program ini mendapat keberkatan
Perasmian Program Motivasi Pecutan Akhir
oleh Puan Hajah Intan (Guru Besar SK Matang )
Penceramah jemputan Encik Hisham
 (Kaunselor SMK Tengku Menteri )
2 orang yang bekerja keras menjayakan program ini
iaitu En Abd Rahim (PK HEM) dan En Ahmad Zamzuri (Guru Bimbingan )

Ibu,bapa dan penjaga murid Tahun 6 turut dijemput hadir


Seramai 26 orang murid Tahun 6 hadir dalam program ini


Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2014 dilaksanakan dengan harapan moga-moga
calon UPSR pada tahun ini mendapat sedikit sumber inspirasi untuk berusaha dengan
lebih gigih disaat menjelangnya peperiksaan UPSR yang akan dilangsungkan selama
3 hari bermula 9 September nanti.

Warga SK Matang merakamkan jutaan terima kasih khususnya kepada penceramah
dan ibu bapa pelajar yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama memberi dorongan
dan semangat agar anak didik mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.