4/09/14

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH INTAN

Keberangkatan pulang Puan Hajah Intan
mantan Guru Besar SK Matang



Ucapan terakhir oleh Puan Hajah Intan

Menerima hadiah daripada PK Hal Ehwal Murid

Mengenang sejarah silam sepanjang dalam
perkhidmatan pendidikan sehingga ke saat akhir 

Majlis dimeriahkan dengan persembahan murid

Iringan masuk Puan Hajah Intan
dengan bunga mangar dan paluan kompang

Kenderaan yang digunakan untuk
penghantaran pulang Puan Hajah Intan

Ucapan oleh Puan Hajah Aishah
selaku PK Pentadbiran

Baner Persaraan Puan Hajah Intan

Pada tanggal 3 September 2014 satu upacara besar-besaran
meraikan Majlis Persaraan Puan Hajah Intan telah dilangsuungkan
dengan jayanya di Dewan Dato' Maharajalela SK Matang.

Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dengan iringan Paluan Kompang
membawa masuk Puan Hajah Intan ke Dewan Dato' Maharajalela.

Diikuti dengan ucapan-ucapan , persembahan murid , menerima watikah persaraan
dan penyampaian hadiah.

Majlis diakhir dengan barisan hormat dari warga SKM sebelum
Puan Hajah Intan berlepas pulang.


SELAMAT BERSARA PUAN HAJAH INTAN

22/08/14

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2014

Encik Ahmad Zamzuri menyampaikan ucapan
alu-aluan selaku pengacara majlis
Ustaz Nasrul Hadi membacakan doa
semoga program ini mendapat keberkatan
Perasmian Program Motivasi Pecutan Akhir
oleh Puan Hajah Intan (Guru Besar SK Matang )
Penceramah jemputan Encik Hisham
 (Kaunselor SMK Tengku Menteri )
2 orang yang bekerja keras menjayakan program ini
iaitu En Abd Rahim (PK HEM) dan En Ahmad Zamzuri (Guru Bimbingan )

Ibu,bapa dan penjaga murid Tahun 6 turut dijemput hadir


Seramai 26 orang murid Tahun 6 hadir dalam program ini


Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2014 dilaksanakan dengan harapan moga-moga
calon UPSR pada tahun ini mendapat sedikit sumber inspirasi untuk berusaha dengan
lebih gigih disaat menjelangnya peperiksaan UPSR yang akan dilangsungkan selama
3 hari bermula 9 September nanti.

Warga SK Matang merakamkan jutaan terima kasih khususnya kepada penceramah
dan ibu bapa pelajar yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama memberi dorongan
dan semangat agar anak didik mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.