10/04/15

LAWATAN MAHABBAH KE RUMAH CIKGU AHMAD ZAMZURI


Puan Noor Fazila, Puan Aniza dan Puan Hajah Azaniah turut hadir
Puan Noor Fazila, Puan Aniza dan Puan Hajah Azaniah turut hadir

Cikgu Ahmad Zamzuri sedang bercerita keadaan keluarganya
disamping Puan Hajah Aishah sedang memangku puteri Cikgu Ahmad
Zamzuri yang baru dilahirkan beberapa minggu yang lalu
Kunjungan mahabbah dari Warga SK Matang


Jawatankuasa Surau Al-Abrar bersama barisan pentadbir
sekolah telah mengadakan kunjungan mahabbah ke rumah Cikgu Ahmad Zamzuri
di Taman Kamunting Jaya, Kamunting.

Warga SKM merakamkan tahniah kepada Cikgu Ahmad Zamzuri diatas
pengurniaan seorang lagi cahaya mata yang ke enam.Moga-moga ianya akan
menambahkan lagi keceriaan keluarga cikgu.

Semua warga sekolah merakamkan Salam Takziah kepada Cikgu Ahmad Zamzuri
di atas kemalangan yang berlaku menyebabkan kaki beliau tercedera.

Diharapkan beliau dapat banyak bersabar di atas ujian ini.Mudah-mudahan 
segera sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa di SKM.




LAWATAN ZIARAH KEMATIAN BONDA PUAN GURU BESAR

Rumah keluarga Puan Zuraini Akmar

Pemandangan dari luar kawasan rumah di Asam Kumbang

Para tetamu sedang menziarahi jenazah ibu Puan Zuraini Akmar


Pada jam 3.30 pagi Jumaat ( 10 April 2015 ) , Ibu kepada guru besar SK Matang
Puan Zuraini Akmar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Taiping.

Warga sekolah telah menerima maklumat melalui Telegram Warga SKM yang
dimaklumkan sendiri oleh Puan Zuraini Akmar.

Pada jam 9.00 pagi seramai 7 orang guru yang terdiri daripada barisan pentadbir
dan AJK Surau Sekolah telah membuat lawatan ziarah ke rumah bapa Puan Zuraini Akmar
di Asam Kumbang, Taiping.

Semua ahli yang hadir merakamkan ucapan Takziah kepada Puan Guru Besar dan
berharap beliau dapat banyak bersabar di atas ujian ini.

Semoga roh arwah ibu Puan Zuraini Akmar ditempat bersama-sama golongan
mukmin.