25/02/17

PROJEK MENGECAT SURAT OLEH UNIT JURUTERA ASKAR WATANIAH TAIPING

Mengecat bahagian dalam surau

Pandangan hadapan surau

Mengecat bahagian mimbar luar surau


Bahagian luar surau hampir siap dicat

Mengaleh perabut-perabut sebelum proses mengecat

Mengecat pintu

Mengecat bahagian belakang

Kerja-kerja mengecat bahagian luar surau

   Pada tanggal 25 hingga 26 Februari 2016. Pihak sekolah telah menjemput Unit Jurutera Askar Wataniah Taiping untuk mengecat surau sekolah.

  Seramai 21 orang kekuatan anggota telah hadir untuk membantu pihak sekolah menceriakan kembali surau dengan kerja-kerja mengecat.

 Semua guru ditugaskan mengikut giliran masa untuk menyediakan minum pagi dan minum petang
kepada anggota yang terlibat.

 Jawatankuasa surau merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Nizarudin sebagai ketua projek
yang telah berjaya membuat pelancaran sumbangan derma dalam kalangan ibu bapa, guru dan staf untuk membeli cat dan peralatan.

Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada anggota Unit Jurutera Askar Wataniah yang sudi bekerjasama menjayakan projek ini.

 Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Projek Menceriakan Surau Al-Abrar SK Matang.



19/02/17

KERJA-KERJA NAIK TARAF BUMBUNG SURAU

Kerja-kerja membuang bumbung lama yang telah rosak


Perbincangan atur kerja


Mengecat rangka besi


Pemasangan bumbung bermula


Kemasan terakhir bahagian palong air


Kerja-kerja pemasangan selesai dalam tempoh 2 hari

          Pertengahan tahun 2016 , Bahagian pembangunan  PPD LMS telah meminta pihak sekolah untuk menurunkan bumbung lama yang telah rosak untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak diundang kepada murid-murid.

          Memandangkan kawasan kaki lima surau terlalu lama terdedah kepada hujan dan panas yang
menyukarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti di surau sekolah.Maka jawatankuasa berkaitan telah mengambil usaha mencadangkan satu kutipan derma dilaksanakan.

            Pada 13 Februari 2017, satu kutipan derma dalam kalangan guru dan staf telah dilaksanakan.
Hasil kutipan digunakan untuk membeli bumbung.

           Kerja gotong-royong memasang bumbung dilaksanakan selama 2 hari mulai pada 18 hingga 19 Februari 2017 ( Sabtu dan Ahad ). 

          Jawatankuasa Surau Al-Abrar SK Matang merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa kerja , penyumbang, guru-guru ,staf sokongan dan jawatankuasa PIBG yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja pemasangan bumbung.

         Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada anda semua yang telah memberi sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga bagi menjayakan program ini. 
   

13/07/16

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA RAMADAN 2016

Sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin dan menghantar sumbangan
kepada waris yang terpilih


Majlis Penutup Ihya Ramadan dimulakan dengan Majlis
Khatam Al-Quran melibatkan murid Tahun 3 hingga Tahun 6
seramai 30 orang peserta tadarus. 


Majlis diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasrul Hadi
 dan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar

Semua warga sekolah terlibat bagi menjayakan
Majlis Penutup Ihya Ramadan 2016

Penyampaian saguhati duit raya oleh mentor kepada mantee masing-masing


  Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadan telah berjaya dilaksanakan  pada :

                                                    Tarikh : 30 Jun 2016
                                                    Hari : Khamis
                                                    Masa : Mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang
                                                    Tempat : Dewan Dato' Maharajalela

Jawatankuasa pelaksanakan Program Ihya Ramadan 2016 merakamkan jutaan terima kasih
kepada barisan pentadbir , guru-guru , staf sokongan dan semua murid yang telah memberi
kerjasama dan sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan 
program ini sepanjang bulan Ramadan.

17/06/16

MAJLIS PELANCARAN DAN AKTIVITI IHYA RAMADAN 2016

PELANCARAN SAMBUTAN IHYA RAMADAN 1437H

GIMIK PELANCARAN IHYA RAMADAN 2016

PUAN GURU BESAR MENERIMA BANNER PELANCARAN IHYA RAMADAN

EDARAN BUAH KURMA KEPADA SEMUA DARJAH

HAFAZAN AL-QURAN WAKTU REHAT

SEORANG MURID SEDANG DIUJI BACAAN AYAT-AYAT LAZIM


TADARUS AL-QURAN DILAKSANAKAN SEMASA WAKTU REHAT

PESERTA TADARUS LELAKI

PESERTA TADARUS PEREMPUAN

TAZKIRAH PAGI DISAMPAIKAN OLEH USTAZ NASRUL HADI

Majlis Pelancaran Sambutan Ihya Ramadan 2016 Peringkat Sekolah Kebangsaan Matang telah
dilancarkan pada 13 Jun 2016 di Dataran Perhimpunan.

Puan Guru Besar telah melancarkan program ini dengan gimik yang istimewa daripada buah
fikiran Ustazah Nurul Hazirah .

Program-program yang sedang dan akan dilaksanakan :

1- Pelancaran Ihya Ramadan - 13 Jun 2016.
2- Takzirah Pagi - setiap hari mulai jam 7.20 hingga 7.40 pagi.
3- Hafazan Al-Quran setiap hari pada waktu rehat.
4- Tadarus Al-Quran yang melibatkan murid tahun 3 hingga tahun 6 semasa waktu rehat.
5- Sumbangan derma anak yatim dan fakir miskin.
6- Majlis Iftar - 24 Jun 2016
7- Majlis Penutup dan Khatam Al-Quran - 1 Julai 2016

Semoga program-program yang sedang dan akan dilaksanakan akan memberi satu impak yang besar sebagai  Madrasah Ramadan kepada semua warga SKM.


20/09/15

KEM CEMERLANG JAWI FASA 1 2015

KUMPULAN USTAZAH NURUL HAZIRAH

KUMPULAN USTAZ ABDUL RAZAK

KUMPULAN USTAZAH ROHANI

KUMPULAN USTAZ NASRUL HADI

PESERTA KEM SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT

TAKLIMAT KEM KCJ DISAMPAIKAN OLEH USTAZAH NURUL HAZIRAH

MENGENALI HURUF-HURUF JAWI

LATIH TUBI MENGEJA DAN MEMBACA

MEMBATANG SUKUKATA

LATIHAN BERTULIS
KUMPULAN USTAZ NORHISHAM


Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan mengadakan
KCJ pada :

Tarikh : 12 September 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahri
Tempat : Bilik Darjah

Seramai 85 orang murid terlibat dalam kem tersebut yang terdiri
dalam kalangan murid Tahun 2 hingga Tahun 6.

Kem ini merupakan fasa pertama pelaksanaannya bagi Tahun 2015
untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam penguasaan
jawi supaya mereka mampu membaca dan menulis jawi dengan baik.