19/02/17

KERJA-KERJA NAIK TARAF BUMBUNG SURAU

Kerja-kerja membuang bumbung lama yang telah rosak


Perbincangan atur kerja


Mengecat rangka besi


Pemasangan bumbung bermula


Kemasan terakhir bahagian palong air


Kerja-kerja pemasangan selesai dalam tempoh 2 hari

          Pertengahan tahun 2016 , Bahagian pembangunan  PPD LMS telah meminta pihak sekolah untuk menurunkan bumbung lama yang telah rosak untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak diundang kepada murid-murid.

          Memandangkan kawasan kaki lima surau terlalu lama terdedah kepada hujan dan panas yang
menyukarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti di surau sekolah.Maka jawatankuasa berkaitan telah mengambil usaha mencadangkan satu kutipan derma dilaksanakan.

            Pada 13 Februari 2017, satu kutipan derma dalam kalangan guru dan staf telah dilaksanakan.
Hasil kutipan digunakan untuk membeli bumbung.

           Kerja gotong-royong memasang bumbung dilaksanakan selama 2 hari mulai pada 18 hingga 19 Februari 2017 ( Sabtu dan Ahad ). 

          Jawatankuasa Surau Al-Abrar SK Matang merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa kerja , penyumbang, guru-guru ,staf sokongan dan jawatankuasa PIBG yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja pemasangan bumbung.

         Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada anda semua yang telah memberi sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga bagi menjayakan program ini. 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan