18/01/12

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU


Warga SK Matang merakamkan tahniah  kepada Cikgu Fezarudin selaku mantan Guru Besar SK Matang yang telah di arahkan bertugas ke sekolah baru berkuatkuasa mulai 16 Disember 2011 di Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul.
Beliau mula berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Matang mulai  01 April 2008 hingga 15 Disember 2011.
Terima kasih diucapkan kerana telah banyak melakukan perubahan kepada SK Matang sehinggakan 2 tahun berturut-turut Pencapaian UPSR meningkat.
Segala buah fikiran, ilmu yang telah disampaikan kepada kami sepanjang bertugas disini akan kami gunakan
sebaik-baiknya demi menjulang Kecemerlangan SK Matang.
Jasa Cikgu takkan kami lupakan, semoga Cikgu lebih ceria di sekolah baru walaupun kami terasa kehilangannya.