8/03/15

LAWATAN ZIARAH KEMATIAN WARIS 2015

JK Surau dan Guru Bimbingan membuat lawatan ziarah

Sebahagian daripada penduduk Kg Malawati
yang turut hadir 

Bacaan Fatihah dihadiahkan
untuk arwah Encik Azmi

Persapan mandi dan kafan jenazah

Ustaz Mohd Zilali menyampaikan sumbangan
sekolah kepada isteri Encik Azmi

Encik Ahmad Zamzuri mententeramkan
Suhaila pelajar Tahun 6 yang sedang
dalam kesedihan 


Pada pagi 3 Mac 2015 pihak sekolah telah dimaklumkan seorang bapa kepada murid
tahun 6 Suhaila binti Azmi telah kembali kerahmatullah.

Jawatankuasa Surau telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan kutipan
derma untuk disumbangkan kepada keluarga arwah

Seramai tiga orang JK Surau iaitu Ustaz Mohd Zilali, Ustaz Nasrul Hadi , Ustaz Abdul Razak
dan guru Bimbingan Encik Ahmad Zamzuri telah membuat kunjungan lawatan ziarah

Sedikit sumbangan daripada pihak sekolah telah disampaikan kepada Puan Mardiah
isteri kepada arwah Encik Azmi.

Mudah-mudahan semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman
AL-FATIHAH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan