7/02/18

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 1/2018

Aktiviti     : Kem Bestari Solat 
Tahap        : Satu ( Tahun 1,2,3 )
Fasa          : 1/2018
Tarikh       : 07 Februari 2018
Hari          : Rabu
Tempat     : Surau Al-Abrar, SK Matang
Penglibatan : 75 orang murid


Semua murid lelaki dan perempuan Tahap 1 terlibat dalam KBS



Ustaz Nasrul Hadi sedang memberi penerangan






31/01/18

PROGRAM SINAR PAGI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2018

Minggu ke-5 Persekolahan 2018.
Panitia Pendidikan Islam telah diberi amanah mengadakan aktiviti bagi Program Sinar Pagi.
Tarikh : 28/01/2018 hingga 02/02/2018
Hari    : Isnin hingga Jumaat
Tempat : Dewan Dato' Maharajalela

Aktiviti yang telah dilaksanakan :

1- Bacaan ayat-ayat lazim.
2- Penerangan maksud nama Surah.

Murid-murid Tahap 1 tekun memberi perhatian

Ustaz Nasrul Hadi sedang mengendalikan aktiviti

Murid Tahap 2 turut terlibat dalam aktiviti Sinar Pagi

Ustaz Nasrul Hadi sedang memberi penerangan
maksud nama-nama Surah yang dibaca

Dewan Dato' Maharajalela menjadi pusat aktiviti
Program Sinar Pagi setiap hari

25/02/17

PROJEK MENGECAT SURAU OLEH UNIT JURUTERA ASKAR WATANIAH TAIPING

Mengecat bahagian dalam surau

Pandangan hadapan surau

Mengecat bahagian mimbar luar surau


Bahagian luar surau hampir siap dicat

Mengaleh perabut-perabut sebelum proses mengecat

Mengecat pintu

Mengecat bahagian belakang

Kerja-kerja mengecat bahagian luar surau

   Pada tanggal 25 hingga 26 Februari 2016. Pihak sekolah telah menjemput Unit Jurutera Askar Wataniah Taiping untuk mengecat surau sekolah.

  Seramai 21 orang kekuatan anggota telah hadir untuk membantu pihak sekolah menceriakan kembali surau dengan kerja-kerja mengecat.

 Semua guru ditugaskan mengikut giliran masa untuk menyediakan minum pagi dan minum petang
kepada anggota yang terlibat.

 Jawatankuasa surau merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Nizarudin sebagai ketua projek
yang telah berjaya membuat pelancaran sumbangan derma dalam kalangan ibu bapa, guru dan staf untuk membeli cat dan peralatan.

Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada anggota Unit Jurutera Askar Wataniah yang sudi bekerjasama menjayakan projek ini.

 Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Projek Menceriakan Surau Al-Abrar SK Matang.



19/02/17

KERJA-KERJA NAIK TARAF BUMBUNG SURAU

Kerja-kerja membuang bumbung lama yang telah rosak


Perbincangan atur kerja


Mengecat rangka besi


Pemasangan bumbung bermula


Kemasan terakhir bahagian palong air


Kerja-kerja pemasangan selesai dalam tempoh 2 hari

          Pertengahan tahun 2016 , Bahagian pembangunan  PPD LMS telah meminta pihak sekolah untuk menurunkan bumbung lama yang telah rosak untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak diundang kepada murid-murid.

          Memandangkan kawasan kaki lima surau terlalu lama terdedah kepada hujan dan panas yang
menyukarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti di surau sekolah.Maka jawatankuasa berkaitan telah mengambil usaha mencadangkan satu kutipan derma dilaksanakan.

            Pada 13 Februari 2017, satu kutipan derma dalam kalangan guru dan staf telah dilaksanakan.
Hasil kutipan digunakan untuk membeli bumbung.

           Kerja gotong-royong memasang bumbung dilaksanakan selama 2 hari mulai pada 18 hingga 19 Februari 2017 ( Sabtu dan Ahad ). 

          Jawatankuasa Surau Al-Abrar SK Matang merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa kerja , penyumbang, guru-guru ,staf sokongan dan jawatankuasa PIBG yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja pemasangan bumbung.

         Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada anda semua yang telah memberi sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga bagi menjayakan program ini. 
   

13/07/16

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA RAMADAN 2016

Sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin dan menghantar sumbangan
kepada waris yang terpilih


Majlis Penutup Ihya Ramadan dimulakan dengan Majlis
Khatam Al-Quran melibatkan murid Tahun 3 hingga Tahun 6
seramai 30 orang peserta tadarus. 


Majlis diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasrul Hadi
 dan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar

Semua warga sekolah terlibat bagi menjayakan
Majlis Penutup Ihya Ramadan 2016

Penyampaian saguhati duit raya oleh mentor kepada mantee masing-masing


  Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadan telah berjaya dilaksanakan  pada :

                                                    Tarikh : 30 Jun 2016
                                                    Hari : Khamis
                                                    Masa : Mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang
                                                    Tempat : Dewan Dato' Maharajalela

Jawatankuasa pelaksanakan Program Ihya Ramadan 2016 merakamkan jutaan terima kasih
kepada barisan pentadbir , guru-guru , staf sokongan dan semua murid yang telah memberi
kerjasama dan sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan 
program ini sepanjang bulan Ramadan.