13/07/16

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA RAMADAN 2016

Sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin dan menghantar sumbangan
kepada waris yang terpilih


Majlis Penutup Ihya Ramadan dimulakan dengan Majlis
Khatam Al-Quran melibatkan murid Tahun 3 hingga Tahun 6
seramai 30 orang peserta tadarus. 


Majlis diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasrul Hadi
 dan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar

Semua warga sekolah terlibat bagi menjayakan
Majlis Penutup Ihya Ramadan 2016

Penyampaian saguhati duit raya oleh mentor kepada mantee masing-masing


  Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadan telah berjaya dilaksanakan  pada :

                                                    Tarikh : 30 Jun 2016
                                                    Hari : Khamis
                                                    Masa : Mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang
                                                    Tempat : Dewan Dato' Maharajalela

Jawatankuasa pelaksanakan Program Ihya Ramadan 2016 merakamkan jutaan terima kasih
kepada barisan pentadbir , guru-guru , staf sokongan dan semua murid yang telah memberi
kerjasama dan sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan 
program ini sepanjang bulan Ramadan.

17/06/16

MAJLIS PELANCARAN DAN AKTIVITI IHYA RAMADAN 2016

PELANCARAN SAMBUTAN IHYA RAMADAN 1437H

GIMIK PELANCARAN IHYA RAMADAN 2016

PUAN GURU BESAR MENERIMA BANNER PELANCARAN IHYA RAMADAN

EDARAN BUAH KURMA KEPADA SEMUA DARJAH

HAFAZAN AL-QURAN WAKTU REHAT

SEORANG MURID SEDANG DIUJI BACAAN AYAT-AYAT LAZIM


TADARUS AL-QURAN DILAKSANAKAN SEMASA WAKTU REHAT

PESERTA TADARUS LELAKI

PESERTA TADARUS PEREMPUAN

TAZKIRAH PAGI DISAMPAIKAN OLEH USTAZ NASRUL HADI

Majlis Pelancaran Sambutan Ihya Ramadan 2016 Peringkat Sekolah Kebangsaan Matang telah
dilancarkan pada 13 Jun 2016 di Dataran Perhimpunan.

Puan Guru Besar telah melancarkan program ini dengan gimik yang istimewa daripada buah
fikiran Ustazah Nurul Hazirah .

Program-program yang sedang dan akan dilaksanakan :

1- Pelancaran Ihya Ramadan - 13 Jun 2016.
2- Takzirah Pagi - setiap hari mulai jam 7.20 hingga 7.40 pagi.
3- Hafazan Al-Quran setiap hari pada waktu rehat.
4- Tadarus Al-Quran yang melibatkan murid tahun 3 hingga tahun 6 semasa waktu rehat.
5- Sumbangan derma anak yatim dan fakir miskin.
6- Majlis Iftar - 24 Jun 2016
7- Majlis Penutup dan Khatam Al-Quran - 1 Julai 2016

Semoga program-program yang sedang dan akan dilaksanakan akan memberi satu impak yang besar sebagai  Madrasah Ramadan kepada semua warga SKM.