Seluruh warga SK Matang mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin |
Semua murid bersalaman dengan tetamu jemputan dan barisan pentadbir |
Ustaz Abdul Razak dan ahlinya sedang mengedarkan bee hon sup |
Bahagian Ais krim menjadi tumpuan tetamu yang hadir |
Jawatankuasa PIBG turut bersama menyediakan menu laksa yang begitu lazat |
Sesi bergambar setelah selesai Majlis Sambutan Hari Raya |
Sempat berposing sambil makan lemang bersama rendang |
Puan Zuraini Akmar selaku Guru Besar SK Matang menyampaikan ucapan Sempena Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah |
Pada tanggal 31 Julai 2015 bersamaan Hari Jumaat , warga SK Matang telah
menganjurkan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.
Sambutan begitu meriah dengan kehadiran tetamu jemputan daripada wakil PPD LMS,
Ketua kampung , PIBG dan ibu bapa.
Warga SK Matang merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat
bagi menjayakan majlis ini semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.