25/02/17

PROJEK MENGECAT SURAU OLEH UNIT JURUTERA ASKAR WATANIAH TAIPING

Mengecat bahagian dalam surau

Pandangan hadapan surau

Mengecat bahagian mimbar luar surau


Bahagian luar surau hampir siap dicat

Mengaleh perabut-perabut sebelum proses mengecat

Mengecat pintu

Mengecat bahagian belakang

Kerja-kerja mengecat bahagian luar surau

   Pada tanggal 25 hingga 26 Februari 2016. Pihak sekolah telah menjemput Unit Jurutera Askar Wataniah Taiping untuk mengecat surau sekolah.

  Seramai 21 orang kekuatan anggota telah hadir untuk membantu pihak sekolah menceriakan kembali surau dengan kerja-kerja mengecat.

 Semua guru ditugaskan mengikut giliran masa untuk menyediakan minum pagi dan minum petang
kepada anggota yang terlibat.

 Jawatankuasa surau merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Nizarudin sebagai ketua projek
yang telah berjaya membuat pelancaran sumbangan derma dalam kalangan ibu bapa, guru dan staf untuk membeli cat dan peralatan.

Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada anggota Unit Jurutera Askar Wataniah yang sudi bekerjasama menjayakan projek ini.

 Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Projek Menceriakan Surau Al-Abrar SK Matang.



19/02/17

KERJA-KERJA NAIK TARAF BUMBUNG SURAU

Kerja-kerja membuang bumbung lama yang telah rosak


Perbincangan atur kerja


Mengecat rangka besi


Pemasangan bumbung bermula


Kemasan terakhir bahagian palong air


Kerja-kerja pemasangan selesai dalam tempoh 2 hari

          Pertengahan tahun 2016 , Bahagian pembangunan  PPD LMS telah meminta pihak sekolah untuk menurunkan bumbung lama yang telah rosak untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak diundang kepada murid-murid.

          Memandangkan kawasan kaki lima surau terlalu lama terdedah kepada hujan dan panas yang
menyukarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti di surau sekolah.Maka jawatankuasa berkaitan telah mengambil usaha mencadangkan satu kutipan derma dilaksanakan.

            Pada 13 Februari 2017, satu kutipan derma dalam kalangan guru dan staf telah dilaksanakan.
Hasil kutipan digunakan untuk membeli bumbung.

           Kerja gotong-royong memasang bumbung dilaksanakan selama 2 hari mulai pada 18 hingga 19 Februari 2017 ( Sabtu dan Ahad ). 

          Jawatankuasa Surau Al-Abrar SK Matang merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa kerja , penyumbang, guru-guru ,staf sokongan dan jawatankuasa PIBG yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja pemasangan bumbung.

         Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada anda semua yang telah memberi sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga bagi menjayakan program ini.